Monday, June 1, 2009

SENTUHAN KASIH

Perkahwinanku dengan Ishak bukanlah atas dasar suka sama suka tapi di atas perjanjian yang kami buat semasa di kolej. Aku tanpa sengaja telah memecahkan cermin keretanya. Oleh kerana aku memang tak ada duit untuk menggantinya jadi Ishak telah membuat satu perjanjian yang disaksikan oleh semua teman-temanku. Seandainya dia lulus aku mesti kahwin dengannya dengan syarat dia mesti kerja dan masa itu aku yang berkeyakinan dia akan gagal kerana sikapnya yang suka enjoy, malas belajar dan suka ponteng kuliah mendorong aku menandatangani perjanjian itu tanpa berfikir panjang. Sudahnya aku yang menerima akibatnya.

Semasa keputusan dikemukakan aku sudah lupa dengan perjanjian itu. Diapun tidak pernah aku jumpa lagi sehingga empat tahun selepas itu aku dah kerja di sebuah syarikat. Aku benar-benar dah lupa dengan perjanjian itu. Aku terkejut besar bila rombongan meminang Ishak datang. Aku tak dapat buat apa-apa terpaksa menerimanya dengan jiwa yang tertekan ini kerana Ishak bukanlah lelaki idamanku. Pertemuan pertama kali dengan dia pun aku rasa sakit hati, dia suka mengusik ku semasa di kolej hingga kebencian bersarang dihatiku. Kami sering saja bertengkar dan saling mengenakan.

Aku menangis ketika aku diijab kabul dengan Ishak. Hatiku sentiasa gelisah bila aku dah bergelar isteri Ishak. Aku tak tahu apa yang akan terjadi dengan kesudahan hidupku sebagai isteri Ishak.

“Ani kau marahkan abang ke?” tanya suamiku dengan wajah yang berkerut, mungkin dia anggap aku akan mengenakan dia. Aku memandangnya sekali kemudian mengalihkan pandangan keluar jendela.

“Ani tak sangka abang laksanakan juga perjanjian itu”kataku kesal

“Ani menyesal? Apakah Ani dah ada orang lain yang bertakhta dihati Ani”pertanyaanya itu membuatkan aku terkejut.

“Apa maksud Abang…?” tanyaku pula membuat dia tersenyum

“Ani dah ada boy friend ke?”tanyanya lagi membuat aku jadi sakit hati

“Dahlah Bang… tak guna sebut hal itu lagi, Ani kini dah jadi isteri abang, apa nak Ani buat untuk abang”kataku seakan menyerah. Dia selamba saja lalu duduk didekatku. Aku kaku rasa nak menjauhkan diri tapi hatiku membantah sebab dia suamiku. Tak baik aku tak hormatkan dia.

“Tak ada apa..Ani ingat Abang nak jadikan Ani hamba Abdi begitu…”katanya membuat aku memandangnya rasa takut. Aku sendiri tak yakin dia sekejam itu. Tapi kalau benar matilah aku.

“Itu bukan Ani yang cakap, apakah abang berniat begitu”tanyaku pula membuat dia mengeluh.

“Sampai begitu sekali kau fikirkan abang Ani, jahat sangat ke abang ni, kenapa Ani bencikan Abang tak boleh ke Ani terima Abang”katanya dan dia mengeluh lagi membuat aku rasa bersalah..

“Abang… Ani tak cakap pun yang Ani bencikan Abang, isteri mana yang berani bencikan suaminya sendiri”kata ku sambil memandangnya.

“Abang mengaku Abang bukanlah lelaki yang baik dan sempurna Ani, tapi Abang juga ada hati dan perasaan, Abang ambil Ani jadi isteri Abang kerana kesempurnaan hidup Ani, sikap dan peribadi Ani, salahkah Abang memilih yang terbaik”katanya dengan sayu membuat aku terdiam hanya memandangnya dengan rasa simpati. Aku terharu juga bila ku lihat kelopak mata suamiku digenggangi air. Aku terasa pula kesedihannya. Dia bangun lantas keluar entah kemana tengah malam baru dia balik dengan bau rokok yang dahsyat.

“Abang dah makan” teguranku tak dijawab dia duduk dipinggir katil entah apa yang difikirkannya. Aku mendekatinya lalu mengambil tanganya lalu ku cium dengan perasaan yang bersalah.

“Maafkan Ani jika Ani melukakan hati Abang… Maafkan Ani ya Bang…”kataku dengan lembut. Aku masih mengenggam tangan suamiku sambil memandangnya dengan senyuman manis dan akhirnya dia tersenyum juga membuat hatiku girang. Digosoknya kepalaku dengan manja lalu ditariknya aku kedalam pelukannya. Entah kenapa aku merasa bahagia disampingnya.

Aku terpaksa mengikut suamiku pindah kerumah ibunya. Mula-mula aku tak setuju tapi bila suamiku mendesak tak sampai hati pula nak berkeras terpaksalah aku mengikutnya.

“Ani kalau boleh Abang pun tak mahu tinggal dirumah tu bila melihat perangai buruk adik-adik Abang tapi Abang ada Mak yang harus Abang jaga, Abang anak sulung Abang yang tanggung hidup mereka”kata suamiku dan aku mengangukan kepala tanda faham.

“adik beradik Abang tak kerja ke?” tanyaku

“Tiga kerja dan dua lagi belum, yang kerja dah kahwin duduk rumah sendiri, adik abang yang ada tak boleh harap untuk jaga Mak, Ani tak keberatankan bantu Abang jaga Mak”kata suamiku dengan ikhlas aku rasa terharu pula bila dia perlukanku.

“Kenapa Abang cakap begitu… dah kewajipan seoarang anak jaga Mak, pahala tau hiduppun diberkati…” suamiku ketawa lalu mencuit daguku.

“Ani beruntung mempunyai keluarga yang harmoni, bila Abang tengok adik beradik Ani begitu mesra dan dapat berbincang dengan baik dan dapat bergurau senda membuat Abang dengki, terus terang Ani keluarga Abang tak begitu”terang suamiku sambil menundukan kepala rasa kesal.

“Abang anak sulung, Abang berhak tegur sikap mereka jika Abang berdiam diri itulah jadinya… tapi tak apa adik beradik Ani kan adik beradik abang juga… Abang nak tahu mereka semua sayangkan Abang puji Abang baik Mak dan Ayahpun begitu kata Mak beruntung kau dapat dia Ani

Pertama kali aku masuk ke rumah suamiku aku sudah nampak. Betapa kurang sopannya adik beradiknya. Aku mengikut suamiku masuk ke bilik Mak Mertuaku. Aku dan suamiku berpandangan bila kami tercium bau yang amat dahsyat. Ya Allah sampai hati mereka biarkan Ibu mereka tidur dengan air kencing.

“Tengoklah sayang… boleh ke abang harap mereka jaga mak”kata suamiku dan aku juga rasa sedih ibu mertuaku dibuat seperti ini. Aku cuba menolong suamiku membersihkan bilik Mak.

“ Sayang pergilah rehat biar abang mandikan mak dulu”kata suamiku yang merasa aku dah kepenatan. Aku malah mengilingkan kepala tak mahu berehat.

“ Biarkan Ani bantu abang ya….”kataku pula buat suamiku tersenyum manis.

“ Bau ni… ani tentu tak tahan baunya ”kata suamiku lalu mengankat Ibu ke bilik mandi.

Aku terharu bila melihat suamiku memandikan ibunya. Eh!! kenapa airmata ku mengalir melihat dia begitu baik menjaga ibunya.

“ Ishak… mak lapar… ”tiba-tiba saja ibu bersuara dengan wajah yang sayu.

“ Sayang …tolong masakan untuk Mak , Abang nak bersihkan tempat tidur mak ”kata suamiku.

“ Nak masak apa bang…”tanya ku pula

“ Apa-apa ajelah…, sayang sekejap ” aku terkejut bila suamiku mencium dahiku.

“ Terima kasih kerana sayang dapat menerima mak abang seadanya ” kata suamiku sambil mengusap kepalaku. Aku menyentuh wajah suamiku sambil hatiku berkata aku bersyukur jadi isterimu wahai lelaki yang mulia. Jarang bertemu lelaki yang taat kepada ibunya. Kiranya akulah wanita yang beruntung.

Aku membawa masakan ke bilik mak. Semua sudah bersih dan aku melihat suamiku sedang menyikat rambut mak. Lalu aku mengambil tugasnya itu. Dia menyuapkan mak aku sentiasa memandangnya. Dia begitu ikhlas menjaga ibunya. Tiba-tiba dia main mata denganku membuat aku tergalak.

“ Mak… menantu mak ni menantu yang baik dia ni sayang dengan mak… tengok tu dia sikat rambut mak ” mak langsung tak tahu apa yang kami katakan. Dia seperti budak yang berusia setahun yang menunggu disuapkan.

‘Inilah sayang nasib Mak… dia hanya tahu nak makan dan tidur kalau dia cakap abang langsung tak faham, banyak nama yang dia sebut, satupun abang tak kenal”kata suamiku. Aku senyum bila melihat mak yang kenyang kemudian dia terus tidur.

“Sayang… Abang nak keluar kejap nak beli pempers Mak sayang rehat ya”kata suamiku

“Bang… barang-barang dapur banyak dah kehabisan Ani ikut Abang ya… boleh tak”tanyaku dan suamiku tersenyum lalu menghulur tangannya terus tanganku dipimpinya.

Aku shopping membeli barang-barang dapur. Suamiku begitu setia mengikut kemana aje ku pergi. Pulang ke rumah aku terus masuk bilik. Dia masuk bilik Mak. Memanglah dia anak yang bertanggungjawab. Sudah jam 8 malam dia masih dibilik Mak. Aku masuk bilik Mak, rupanya dia sedang sibuk merawat Mak.

“Mak demam badannya panas”terang suamiku dengan wajah yang amat risau.

“Abang makan dulu ya biar Ani ganti Abang”kataku sambil merasa dahi Mak yang memang panas.

Suamiku mengikut juga dia terus keluar bilik untuk makan. Aku meletakan tuala basah didahi Mak. Dia kelihatan resah gelisah. Malam itu kami tidur dibilik Mak. Mak benar-benar deman sampai meracau.

“Bang… kita bawalah Mak Ke Hopital demamnya bertambah teruk”kataku rasa risau. Suamiku juga kelihatan amat risau.

Mak telah ditahan di Hospital. Malam pertama kami yang menjaga Mak. Bila suamiku minta adik-adiknya menjaga Mak masing-masing beralasan tak mahu menjaga Mak. Suamiku terpaksa mencari sesorang yang mahu menjaga Mak semasa kami kerja. Lepas kerja kamilah yang menjaga Mak.

“Sayang…. Malam ini biar Abang saja yang jaga Mak, sayang balik rumah dan rehat ya”kata Suamiku dan aku mengilingkan kepala.

“Abang… dimana Abang disitulah Ani”kataku membantahnya

“Sayang… tak penat ke , tidur kat sini tak selesa lebih baik kat rumah saja”kata suamiku lagi.

“Ani tak kisah bang, Ani kagum dengan Abang dan Ani bangga dapat suami seperti Abang menjaga Mak begitu hebat”kataku memuji suamiku dan yang tersenyum sambil memandangku.

“Tugas anak menjaga orang tuanya dengan baik” kata suamiku begitu ikhlas apa yang dibuatnya.

“Tapi Bang adik-adik Abang tu kenapa lain daripada Abang seorangpun tak nak jenguk Mak” tanyaku dengan ikhlas namun suamiku hanya tersenyum hampa.

“Entahlah… abangpun tak faham, kadang-kadang nak marah juga tapi tak sampai hati”sahut suamiku lalu menyapu mukanya yang kelihatan jernih membuat aku tak jemu memandangnya.

“Abang tu terlalu baik itu sebab mereka naik kepala” kataku lagi dan suamiku hanya diam. Dia mengeluh panjang mungkin rasa kecewa dengan adik-adiknya.

‘Taklah…, sayang kan tahu Abang macam mana masa di kolej”katanya lalu duduk dekatku.

“Ya… tapi apasal jauh benar beza hidup abang dulu dan sekarang”kataku ingin tahu

“Itulah suami Ani lain diluar lain dirumah”guraunya membuat aku tersenyum.

Mak masih sakit malah tambah teruk. Dia tak boleh apa-apa lagi rasanya hanya menunggu saatnya saja lagi itulah yang dikatakan oleh Doktor yang merawat Mak. Aku amat letih lalu baring dibahu suamiku. Aku terbangun bila tiba-tiba dia terjerit memanggil jururawat.

“Mak… Mak macam dah..”dia terhenti bercakap bila jururawat datang dan terus menyuruh kami keluar. Suamiku sudah mengalirkan air matanya.

‘Abang terlelap tadi bila Abang terjaga kelihatan Mak macam dah tak bergerak, Abang rasa Mak dah…”aku menutup mulut suamiku.

“Jangan teruskan Bang… sabarlah tunggu jururawat keluar” sesungguhnya aku tak sanggup mendengar perkataan Mak dah tak ada. Sebab aku begitu simpati dengan suamiku yang terlalu berharap Mak akan sembuh.

Aku melihat suamiku yang begitu sedih bila jururawat sahkan Mak dah meninggal dunia.

“Tenang sayang, terimalah qada dan qadarnya… setiap yang hidup pasti akan mati, sayang kena tabah”bisikku kepada suamiku. Dia teresak-esak seketika dibahuku. Aku sungguh terharu lalu turut mengalirkan air mata.

Jenazah disegerakan tanpa menunggu kepulangan adik beradik suamiku. Aku tak berani nak bersuara. Kerana aku sedar suamiku lebih tahu apa yang dibuatnya. Semasa kenduri tahlil selesai baru mereka balik bersama keluarga masing-masing. Suamiku hanya diam memandang adik-adiknya.

“Abang tak patut buat begini, patutnya abang tunggu kami”komen Isma dengan wajah yang marah. Begitu juga isterinya yang bergaya ala-ala Datin. Suamiku tak menjawab.

“Apa? Dengan berbuat begitu dia saja anak Mak, supaya harta Mak semua jatuh kepadanya”sindir adiknya yang besar sedikit badannya. Aku sendiri tak kenal dia.

“Bang kenapa kami di ketepikan kami berhak menatap wajah Mak buat kali terakhir”Inah pula berkata dengan tersendu-sendu.

“Hak apa yang kamu ada… kan kamu dah buang jauh-jauh Mak kamu, Mak yang menyusahkan, Mak yang membebankan kamu, Isma kamu ingat apa kata-kata kamu ketika Abang telefon yang Mak dah tenat, Apalah Mak ni lambat sangat nak mati menyusahkan, hidup dah tak guna dah nyanyuk, dan kamu Imran apa alasan kamu, ala sibuklah Bang banyak kerja nak buat kalau sempat Imran baliklah lagipun isteri aku tengah serat sekarang ni, Inah tak bolehlah Bang anak-anak tak ada yang jaga, semua itu… semua itu jadi fikiran Abang betul ke yang berkata-kata itu anak Mak, kenapa sedikitpun kamu tak ada rasa kasihkan Mak, tak ada rasa bertanggungjawab terhadap Mak, tak ada kata-kata yang mendoakan Mak baik, boleh ke Abang pertimbangkan yang kamu ini anak Mak, Abang benar-benar tersinggung dengan sikap kurang ajar kamu”marah suamiku tak pernah aku melihat dia semarah begitu.

“Ya Allah Ya Tuhanku kenapa aku mempunyi adik-adik yang sebegini…yang lupa jasa Mak membesarkan mereka, lupa jerih payah Mak menghantar mereka belajar, sampai mereka jadi manusia yang berkerjaya dan sekarang jadi manusia yang lupa asal usul mereka berilah mereka petunjuk Ya Allah…”doa abang membuat aku rasa hiba dan air mataku mengalir tiba-tiba.

“Selama ini Abang tak pernah tegur kamu sebab abang rasa kamu lebih tahu tanggungjawab kamu sebab kamu orang terpelajar, sekarang bila Abang gugurkan hak kamu sebagai seoarang anak pandai nak protes, pandai nak sindir masa hidupnya langsung tak terfikir”kata suamiku penuh dengan emosi.

“Kami sibuk Bang, bukan kami sengajakanpun”kata Imran memandang suamiku dengan wajah bengisnya.

“Habis tu Abang tak sibuk, tapi kenapa Abang ada masa nak jaga Mak, itu semua alasan kamu sebab kamu dah buang Mak sebab Mak dah nyanyuk dan kamu malu nak mengaku dia Mak…”kata-kata suamiku buat Inah menangis.

“Imran tahu niat Abang, Abang nak bolot harta Mak kan jangan nak berselindung dengan kebaikan Abang jaga Mak”Imran begitu lancang mengucapkan perkataan yang tak sepatutnya di utarakan. Suamiku memandangnya dengan rasa kecewa. Sabarlah suamiku kataku dalam hati.

“Imran kalau soal harta kau nak datang sini, bukan kerana Mak Abang benar-benar kecewa, kau jangan bimbang Imran semua harta Mak akan Abang serahkan kepada kamu bertiga Abang tak akan ambil walaupun sesen, Abang akan keluar dari pada rumah ini, ambilah Abang tak perlukannya lagi, Mak pun dah tak ada, dan kamu bertiga dah memusuhi Abang, buatlah apa yang kamu suka, Abang cuma meminta kamu ingat jasa Mak doakan dia, jangan suatu hari nanti anak-anak kamu akan buat apa yang telah kamu lakukan dengan Mak”bergetar suara suamiku lalu ditariknya ku masuk bilik. Inah sudah menangis begitu juga Isma hanya Imran yang keras hati .

“Berkemaslah yang kita kena keluar malam ini juga”kata suamiku dengan wajah yang muram. Aku cuba menenangkan hatinya. Dia begitu sedih atas sikap adiknya.

“Sayang… janganlah ikut perasaan, sabarlah”dia tidak menjawab lalu terus mengambil beg dan memasukan semua pakaian dalam beg dan aku terpaksa mengikutnya.

Aku dan suamiku terpaksa pindah kerumahku yang dah lama tak ku jenguk. Suamiku duduk di sofa. Mungkin masih memikirkan adik-adiknya. Terutama adik-adiknya yang berdua yang masih belum kerja. Tapi tentu mereka dah tahu macam mana nak hidup. Mereka pun jarang ada di rumah masing-masing ada urusan. Tak tahu urusan apa, suamiku selalu bingung oleh mereka tak kerja tapi banyak duit. Hanya berdoa saja yang dapat suamiku buat sebab nak ditegur dah tak boleh lagi. Memang mereka dah tak masuk nasihat. Mak meninggalpun mereka berdua tak balik tak tahu kemana perginya. Suamiku hanya mengeluh setiap kali mengenang kedua adiknya itu.

“Masih marah lagi… dahlah tu Bang.. risau Ani tengok keadaan Abang begini”kataku dan dia tersenuyum tiba-tiba lalu meraihku kedalam pelukannya.

“Sayang… Abang cuma cakap aje tak simpan di hatipun, biar mereka sedar” kata suamiku membuat aku gembira. Rupanya dia bukan jenis pendendam. Baiknya suamiku. Dia hanya sekadar nak menyedarkan adik-adiknya yang mudah lupa diri itu.

“Jadi Abang tak akan buang mereka daripada hidup Abang kan”tanyaku dan dia mengilingkan kepalanya sambil tersenyum manis.

“Bukan buang mereka Abang cuma mengajar mereka supaya hidup bertanggungjawab, bertengkar macam mana pun mereka tetap adik-adik Abang, biarlah dulu mereka sangka Abang bencikan mereka, Abang percaya mereka akan cari Abang… air dicincang tak akan putus sayang”aku tersenyum mendengar kata-kata suamiku. Dia memang baik hati. Aku rasa banga jadi isterinya.

“Ya Tuhan aku bersyukur kepada mu kerana jodohkan aku dengan suamiku, sesungguhnya dia lelaki yang cukup membahagiakanku, berkatilah hidup kami, kekalkanlah kerukunan rumahtangga kami hingga ke akhir hayat, hanya padamu tempat ku memohon”doaku dalam hati dan tanpa diduga air mataku mengalir.

No comments:

Post a Comment